Selasa, 30 Mac 2010

Dana Bakti Remaja (DUN Kemasik)

Ceria, sebahagian daripada peserta Program Bakti Remaja Kemaman Siri 1 bagi DUN Kemasik. Setelah selesai sesi pendaftaran, mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan, ada diantara mereka dipilih sebagai ketua kumpulan dan penolong bagi kumpulan masing-masing. Dengan semangat baru, mereka bersedia untuk menimba ilmu dan bukan sekadar mengimpikan wang yang dibekalkan, malah mengangap itu hanya sebagai satu ganjaran.
[ ... ]

Isnin, 22 Mac 2010

Program Bakti Remaja Siri 1 (DUN Kijal)

KRM Kemaman, 22 Mac. Seawal jam 9.00 pagi peserta Program Dana Remaja DUN Kijal telah sampai ke Kem Kompleks Rakan Muda Kemaman. Seramai 129 orang telah mendaftarkan diri bagi Siri 1, Sesi 2010 DUN Kijal, apa yang diharapkan oleh Ketua Fasilitator, semua peserta diharapkan menjadi kumpulan peserta kursus yang terbaik seperti tahun lalu. Menurut Urusetia program, perjalanan program berjalan dengan lancar tanpa masalah yang tidak diingini. 

   

[ ... ]

Ahad, 14 Mac 2010

Pendaftaran Peserta Dana Bakti Remaja Terengganu (DUN Chukai)

Kemaman, 14 Mac 2010. Seramai 118 orang remaja telah mendaftarkan diri sebagai peserta Program Dana Bakti Remaja Terengganu, Siri 1 Sesi 2010, bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman. Seramai 18 orang yang terdiri daripada fasilitator, urusetia, jurulatih dan Kem Komanden hadir bagi menjalankan program tersebut. Menurut kata ketua fasilitator selaku Kem Komanden, Encik Azmi Taib, ada peserta tiba seawal jam 8:30 Pagi, ini menunjukkan semangat anak-anak muda sekarang berjiwa terbuka dan sedia menerima walaupun mereka dijadualkan untuk nmendaftar pada jam 11:00 Pagi.

Album Pertama (click on image)




























Video:
[ ... ]