Selasa, 27 April 2010

Dana Remaja DUN Kemasik Siri 2


27 April 2010. Dengan penuh semangat Ketua Fasilitator menerangkan secara ringkas dalam aktiviti kenegaraan, bagi memudahkan mereka untuk menjawab soalan yang disimpulkan untuk mereka. Seramai 126 orang peserta telah mendaftarkan diri di Kompleks Rakan Muda Kemaman, peserta kali ini telah mendapat input yang lebih baik, setelah pengolahan modul baru yang lebih sistematik dan lebih berkesan di mulakan.
[ ... ]

Dana Remaja DUN Kijal Siri 3

23 April 2010. Seramai 131 orang peserta telah berjaya menghadirkan diri bagi mengikuti program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Terengganu, salah satu aktiviti yang dijalankan adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dapat membuka minda mereka terhadap realiti dan keadaan negara kita sekarang.
[ ... ]

Isnin, 26 April 2010

Dun Chukai Siri 3

19 April 2010, Wakil penghulu menyampai cenderamata kepada VIP semasa majlis perasmian penutup. Seramai 97 orang peserta Dana Remaja DUN Chukai telah berjaya menamatkan kursus yang telah dijalankan selama 3 hari 2 malam, para peserta sangat berpuas hati dengan input yang dibekalkan kerana kursus ini dapat memberi satu ilmu baru yang membuka fikiran mereka terhadap politik masa sekarang.
[ ... ]

Selasa, 13 April 2010

Program Dana Bakti Remaja (DUN Air Putih) Siri 1

13 April 2010 (Selasa). Seramai 131 orang peserta telah mendaftarkan diri sebagai peserta Program Dana Bakti Remaja 2010 bagi DUN Air Putih, setelah beberapa kali ianya ditunda. Walaubagaimanapun para peserta sangat bersemanagat untuk menerima ilmu yang sangat penting untuk masa depan mereka dan negara Malaysia sendiri. Semua luahan ini diterjemahkan dalam bentuk nyayian yang sangat bersemangat, semasa mereka menyanyikan lagu wajib yang disediakan. Syabas peserta DUN Air Putih bagi Siri 1.
[ ... ]

Isnin, 12 April 2010

DUN Kijal Siri 2

9 April 2010 (Jumaat). Para peserta Dana Remaja diberi taklimat khas oleh Ketua Kem Komanden Kem. Bagi setiap sesi satu taklimat wajib diadakan bagi menjelaskan perjalanan program untuk memudahkan para persrta. Semua peserta dari DUN Kijal sangat bersemangat untuk menimba ilmu yang jarang didapati.

(click to view)
[ ... ]

Isnin, 5 April 2010

Program Bakti Remaja (DUN Chukai) Siri 2

KRM Kemaman,5 April 2010. Peserta Bakti Remaja telah disuapkan dengan pelbagai modul yang menarik yang menguji kefahaman mereka dalam kehidupan sekarang, antara modul yang tidak ketinggalan adalah kerohanian diri. Seorang Ustaz yang berpengalaman telah dijemput hadir bagi memberi kuliah Magrib dan Kuliah Subuh, pada setiap hari selama program tersebut dijalankan. Seramai 131 Peserta telah mendaftar bagi siri kedua untuk DUN Chukai, para peserta bagi siri ini sangat bersemangat dan lebih berfikiran terbuka.
[ ... ]

Selasa, 30 Mac 2010

Dana Bakti Remaja (DUN Kemasik)

Ceria, sebahagian daripada peserta Program Bakti Remaja Kemaman Siri 1 bagi DUN Kemasik. Setelah selesai sesi pendaftaran, mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan, ada diantara mereka dipilih sebagai ketua kumpulan dan penolong bagi kumpulan masing-masing. Dengan semangat baru, mereka bersedia untuk menimba ilmu dan bukan sekadar mengimpikan wang yang dibekalkan, malah mengangap itu hanya sebagai satu ganjaran.
[ ... ]